BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

VISI
KE ARAH PEMBENTUKAN INSAN YANG BERILMU,BERIMAN DAN BERTANGGUNGJAWAB

MISI
MENGASUH,MENDIDIK DAN MEMBIMBING AGAR MURID-MURID MENJADI INSAN YANG BERGUNA KEPADA UGAMA,BANGSA DAN NEGARA DENGAN ILMU DAN AJARAN ISLAM.

Sabtu, 27 Mac 2010

Guru-Guru Di SUTK 2010

Isnin, 16 November 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN MUFTI KERAJAAN

Alhamdulillah pada hari Selasa,10 November 2009M bersamaan 22 Zulkaedah 1430H yang lalu, rombongan sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Mufti Kerajaan, Bandar Seri Begawan. Seramai 36 orang murid rendah bawah iaitu murid-murid darjah 1,2 dan 3 telah mengikuti rombongan lawatan ini.Manakala seramai 8 orang guru iaitu 2 orang guru lelaki dan 6 orang guru perempuan terlibat dalam mengawas murid semasa lawatan dijalankan.















Mudah-mudahan dengan adanya sesi lawatan ini akan dapat menambahkan lagi ilmu dan manfaatnya kepada murid-murid serta guru-guru dalam mengenali khazanah-khazanah Islam.Amin.

Lawatan ke Galeri ASEAN SEK.REN.TUTONG KEM

Sekolah Rendah Tutong Kem (Pagi)telah meberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid Sekolah Ugama Tutong Kem mengadakan lawatan ke Galeri ASEAN mereka.
Banyak info-info menarik yang dapat diperolehi dari lawatan tersebut.





Tahniah diucapkan kepada Sekolah Rendah Tutong Kem atas usaha mereka dalam mewujudkan Galeri ASEAN tersebut.

Rabu, 21 Oktober 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1430H/2009M

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009M telah di adakan pada hari Sabtu,10 Oktober 2009 yang lalu di Dewan Sekolah Rendah Battalion Ke2 Tutong Kem.

Kegembiraan menyambut hari raya bersama kawan-kawan di sekolah terpancar pada raut wajah setiap murid pada hari tersebut.


Guru Besar bersama tenaga-tenaga pengajar lelaki dan perempuan sedang asyik melihat persembahan murid







Majlis telah dikelolakan oleh murid-murid darjah rendah atassecara keseluruhannya dengan tujuan untuk mendidik para murid agar dapat berdikari dalam mengurus sesuatu perkara melalui'team work'.
Pelbagai persembahan nyanyian dan lakonan telah diadakan termasuk acara-acara peraduan untuk guru-guru lelaki dan guru-guru perempuan. Diantara acara-acara yang di adakan dalam majlis tersebut ialah:

Bacaan Takbir Hari Raya disampaikan oleh murid-murid lelaki rendah atas


Persembahan nyanyian lagu hari raya beramai-ramai dari murid-murid rendah atas


Persembahan lakonan dari murid-murid perempuan


Peraduan memakaikan sinjang murid bagi guru-guru lelaki


Peraduan meminum oren paling banyak bagi guru-guru perempuan.


cabutan bertuah bagi murid-murid


Pemilihan pakaian tercantik bagi murid-murid lelaki dan murid-murid perempuan

Rabu, 14 Oktober 2009

MAJLIS KHATAM ALQURAN BAGI MURID-MURID DARJAH VI 1430H/2009M

Alhamdulillah , Sekolah Ugama Battalion ke2 Tutong Kem, Tutong 1 telah mengadakan Majlis Khatam Alquran bagi murid-murid darjah VI tahun 2009M/1430H pada hari Sabtu, 3hb Oktober 2009M bersamaan 14hb Syawal 1430H yang lalu. Seramai 22 orang murid lelaki dan murid perempuan darjah VI termasuk 6 orang murid pilihan dari darjah IV dan V telah mengikuti Majlis Khatam Alquran tersebut.

Peserta-peserta Khatam Alquran







Tetamu kehormat CO ATTDB Battalion ke II Tutong Kem, Yang Mulia LT.Kol.Awg Khairul Hamedi bin Awg Hj.Lampoh.




Bacaan Dikir Marhaban disampaikan oleh murid-murid darjah IV dan V.


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang telah menjayakan majlis tersebut.

Akhir kata, sebagai renungan bersama,
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

"Jika seorang Khatam Alquran, maka berdoalah untuknya oleh enam puluh ribu Malaikat ketika Khatam itu."

Selasa, 11 Ogos 2009

SELAMAT MENJALANI PERCUTIAN SEBELUM BERSARA BUAT CIKGU HAJI YAKUP BIN HAJI ISMAIL,NAZIR LAWATAN JPI TUTONG



Cikgu Haji terima kasih atas nasihat,bimbingan dan teguran yang cikgu berikan,insyaAllah segala nasihat & bimbingan cikgu tersebut akan menjadi pedoman setiap guru di sekolah ini...Kami warga sekolah mengucapkan SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT BERSARA.....

BENGKEL TULISAN JAWI & CARA MEMBUAT OBJEKTIF PENGAJARAN DALAM PERSEDIAAN MENGAJAR DISAMPAIKAN OLEH CIKGU HAJI YAKUP NAZIR LAWATAN,JPI TUTONG




Guru-guru perempuan asyik mendengar penerangan Cikgu Haji Yakup,Nazir Lawatan JPI,Tutong...hehe apa yang cali atu sampai senyum-senyum Cikgu Hjh Khadizah..



"Apa yang dicakapkan Cikgu Haji Yakup ani,Sampai terkidum-kidum Cikgu Yusri...Bah dengar tu apa yang diterangkan Cikgu aji atu...