BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

VISI
KE ARAH PEMBENTUKAN INSAN YANG BERILMU,BERIMAN DAN BERTANGGUNGJAWAB

MISI
MENGASUH,MENDIDIK DAN MEMBIMBING AGAR MURID-MURID MENJADI INSAN YANG BERGUNA KEPADA UGAMA,BANGSA DAN NEGARA DENGAN ILMU DAN AJARAN ISLAM.

Selasa, 28 April 2009

TAKLIMAT PEMBERUSAN GIGI YANG DISAMPAIKAN OLEH PEGAWAI KLINIK PERGIGIAN ATDDB, TUTONG KEM




Pegawai Pergigian ATDDB memberikan taklimat mengenai penjagaan gigi dan cara-cara memberus gigi yang betul.


Guru-guru dan murid-murid khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan.

Pegawai Pergigian menunjukkan makanan-makanan seperti coklat dan gula-gula yang boleh merosakkan gigi.

Contoh buah-buahan yang baik dimakan untuk membantu kesihatan gigi.


Pegawai Pergigian menunjukkan cara-cara berus gigi yang betul dengan menggunakan model gigi.


Dua orang murid mempraktikal cara-cara memberus gigi.

Guru Besar menyampaikan ucapan ribuan terima kasih kepada dua orang Pegawai Pergigian dari Klinik Pergigian ATDDB,Tutong kem kerana berkesudian hadir untuk memberikan taklimat cara-cara memberus gigi yang betul untuk menjaga kesihatan mulut.

Rabu, 22 April 2009

PERADUAN DIKIR SYARAFIL ANAM PERINGKAT PEMILIHAN BAGI DAERAH TUTONG


Peserta Dikir lelaki Sekolah Ugama Batalion Ke2 Tutong Kem, telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Peraduan Dikir Syarafil Anam peringkat pemilihan bagi Daerah Tutong yang berlangsung pada hari Isnin 06hb April 2009, bertempat di Sekolah Ugama Penanjong. Dan sekaligus akan mewakili Daerah Tutong kepertandingan akhir yang akan diadakan di Daerah Belait pada 30hb April 2009.

PERADUAN TULISAN JAWI ANJURAN KO KURIKULUM JPI, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA



Peraduan Tulisan Jawi ini telah pun berlangsung pada 14hb April 2009 yang lalu. Peserta-peserta peraduan ini adalah terdiri daripada murid-murid Darjah Pra hingga Darjah 6 yang telah dipilih oleh guru-guru yang mengajar subjek Tulisan Jawi. Kemudian Tulisan Jawi yang terpilih untuk mewakili sekolah telah di hantar ke Pejabat JPI,Tutong pada 21hb April 2009.

Selasa, 7 April 2009

SEJARAH SEKOLAH UGAMA BATALION KEDUA TUTONG KEM


بسم الله الرحمن الرحيم
Sekolah Ugama Batalion Kedua Tutong Kem terletak kira-kira 5 kilometer dari Pekan Tutong, iaitu di dalam Perkhemahan Batalion Kedua Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei, Tutong Kem.

Sekolah ini mula ditubuhkan pada 5hb Mac 1977M bersamaan dengan 14 Rabiulawal 1397H. Pada awal penubuhan sekolah ini dinamakan Sekolah Anak Askar Melayu Diraja Brunei. Pada tahun pertama ditubuhkan keramaian murid yang didaftarkan belajar di sekolah ini seramai 58 orang, iaitu 33 orang lelaki dan 25 orang perempuan. Sementara tenaga pengajar pula seramai 2 orang iaitu seorang guru besar dan seorang guru penolong. Guru besar pertama di sekolah ini ialah Ustaz Muhammad Ali bin Haji Abd Hamid dan guru penolongnya pula Ustazah Jalimah binti Abas. Guru besar yang pernah bertugas di sekolah ini sehingga 2009 seramai 17 0rang.

Bangunan sekolah ini didirikan oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Bangunan ini digunakan bersama oleh sekolah rendah sesi pagi dan sekolah ugama pada sesi petang.

Pada 3hb Februari 2004 sekolah ugama telah mula menjalani perubahan seiring dengan langkah kerajaan untuk menyediakan sistem pendidikan yang bersepadu. Maka bermula dari tarikh ini Sekolah Ugama Batalion Kedua Tutong Kem melangkah ke sistem P.3.S dan sistem penglaratan sekolah sehari suntuk, di mana sekolah ini diletakkan satu bumbung pentadbiran dengan Sekolah Rendah Tutong Kem. Sehubungan dengan perubahan itu nama sekolah Ugama juga tidak lagi digunakan dan ianya hanya menggunakan Sekolah Rendah Tutong Kem sahaja.

Pada 3hb Januari 2005 maka rasmilah sekolah ugama menjalani sistem pendidikan bersepadu sepenuhnya. Struktur organisasi pentadbiran pada waktu tersebut dipimpin oleh guru besar (pagi) dan penolong guru besar (petang) dan dibantu oleh guru kanan pentadbiran pagi dan petang.

Pada awal tahun 2006 dengan titah perintah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan yang diPertuan Negara Brunei Darussalam maka sistem bersepadu telah dibatalkan dan Jabatan Pengajian Islam dikembalikan semula dibawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Pada masa ini sistem persekolahan berjalan seperti asal.